Umum juga tahu Ustaz Azhar Idrus mempunyai kecenderungan kepada PAS. Namun ianya bukan penghalang untuk orang ramai mengikuti kuliah beliau apabila masalah agama menjadi tajuk utama.
Ilmuwan Agama Ataupun Penglipur Lara?
Suatu yang tidak wajar untuk melabelkan cerdik pandai agama dengan label PAS ataupun label UMNO. Ilmuwan Islam sepatutnya berfungsi menyatukan masyarakat untuk membina kekuatan ummah berpandukan Al Quran dan Sunnah.
Amatlah memalukan apabila Ustaz Azhar tanpa segan silu meletakkan label “sesat” kepada ilmuan agama yang menyertai UMNO, khusus Ustaz Fathul Bahari atas dasar UMNO memperjuangkan fahaman sekularisme. Cukup terang di sini, pandangan Azhar Idrus cukup kuat dikekang oleh kefahaman politik.
Amatlah memalukan apabila Ustaz Azhar tanpa segan silu meletakkan label “sesat” kepada ilmuan agama yang menyertai UMNO, khusus Ustaz Fathul Bahari atas dasar UMNO memperjuangkan fahaman sekularisme. Cukup terang di sini, pandangan Azhar Idrus cukup kuat dikekang oleh kefahaman politik.
Pada hakikatnya, Ustaz Fathul Bahari pula memberi pendapat yang lebih terbuka berpandukan Al Quran dan Sunnah tanpa dikekang oleh fahaman politik. Contoh terbaik adalah apabila UFB memberi pendapat mengenai video lucah yang mana pelakunya mirip Anwar Ibrahim.
Tanpa memberi penjelasan panjang lebar mengenai makna sekular dan tanpa merujuk kepada realiti struktur masyarakat serta keadaan sosial semasa di Malaysia , pandangan yang diberi oleh Ustaz Azhar adalah teramat cetek. Jelas kelihatan, ulasan Azhar Idrus bukannya disambut dengan satu kefahaman mendalam, tapi hanya gelak ketawa. Itulah yang sentiasa berlaku dalam ceramah beliau.
Apakah Sekularime?
Secara ringkasnya, istilah sekularisme (secularism) timbul di Eropah apabila pentadbiran negara cuba dipisahkan daripada kekangan gereja, dan secara tidak langsung menolak pengaruh agama dalam pentadbiran. Agama hanya menjadi panduan untuk upacara ibadat sahaja.
Adakah Malaysia di bawah naungan BN boleh dikategorikan sebagai negara sekular, yang diperintah oleh parti sekular?
Antara ciri-ciri utama negara sekular ialah kebebasan daripada peraturan dan ajaran agama, yang kini rebranded sebagai hak asasi manusia. Dengan kata lain, setiap individu boleh berzina sesuka hati kerana ajaran agama bukan lagi peraturan negara sekular, tanpa sebarang Penal Code yang menyatakan ianya satu kesalahan.
PAS Juga Sesat
Berbalik kepada tuduhan Azhar Idrus terhadap Ustaz Fathul Bahari (UFB) sebagai sesat atas dasar UFB menyertai UMNO yang dikatakan memperjuangan sekularisme, bagaimana pula pendirian Azhar Idrus dengan segala kepimpinan PAS yang menyertai PAKATAN dan bersekongkol dengan DAP?
Perlu diketahui bahawa DAP bukan sahaja menolak agama Islam ke tepi seperti kata Karpal Singh, OVER MY DEAD BODY. Malah Kit Siang cukup terang dan lantang mempunyai visi ke arah sekularisme jika Malaysia berada di bawah naungan mereka. Maknanya PAS telah dicucuk hidung seperti kaldai dan diheret oleh DAP demi menuju ke arah sekularisme sejati.
Bukan setakat itu sahaja, PAS berubah arah dan dasar apabila secara haram tidur sebumbung dengan Anwar dan Kit Siang, seperti yg telah dikatakan secara terbuka oleh Husam dalam blog Kit Siang.
Bagaimana pendirian Azhar Idrus dalam soal ini? Penganut PAS dan pentaksub Anwar mudah ditipu dengan perkataan Arab demi mengaburi mata pengikut yang mempunyai akal sebesar biji padi dengan istilah TAHALUF SIYASI.

No comments:
Post a Comment